and i fell inlove with it.
Terkadang gelak kuat tak henti henti
Terkadang juga minum berdiri
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa disedari
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun bangun lagi
Terkadang rasa marah menguasai diri
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.
Apa apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba amvil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana.
From Super Akhawat.