- semasa bersin, smua organ dlm bdn x berfungsi termasuk jantung~yeke??
- badak air mampu lari pantas drpd manusia~ehh..badak air yg kurus kott??
- tiram boleh mengubah jantinanya utk beberapa kali sepanjang hayatnya~wahh..bestnye klu aku jd tiram
- ngauman singa mampu kedengaran sepanjang 3km
- jika anda menjerit selama 8 tahun, 7 bulan & 6 hari, anda boleh menghasilkan tenaga yg cukup utk memanaskan kopi ~hmm, baik pnaskan ats api jek, klu asyik menjerit, ilangla suare!
- buaya xle menjelir atau menggerakkan lidahnya kerana organ itu melekat pd lelangit~hmm, kurang sket dosa buaya2 sekalian.
- kebanyakan produk di pasaran, semua ade bar code,kan? tp..bar code pertama yg digunakan ialah keatas chewing gum wrigleys..
- semua planet di angkasa bergerak mengelilingi matahari mengikut arah jam, kecuali Venus yg melawan arah jam~aizz, degil btol bdak Venus nih!
- jika usus kecil seseorang manusia dileraikan, panjangnya boleh menjangkau sehingga 4-5 kali panjang manusia itu~wahhhh..so, tinggi jgak la aku kan? hek3..
- haiwan yg paling byk kt ats dunia nih, ialah semut..iaitu 1juta utk setiap org~lorh..patutla penyembur semut senang abis
- tanduk @sumbu badak bukan berasal drpd tulang belulang, sebaliknya ia berasal drpd bulu2nya yg berkumpul & mengeras~euwww...gelinya! ntah2..ngan kutu2 skali leh jadi tanduk badak
- Setengah haiwan dapat meramal bencana, gempa bumi, banjir, ribut taufan, letusan gunung berapi dan sebagainya. Obor-obor misalnya tahu kehadiran taufan 10 atau 15 jam sebelum ianya berlaku dan ini memberi peluang kepadanya untuk menyelam lebih jauh ke dasar laut. Orang Jepun gemar memelihara ikan emas kerana ia dapat mengesan gempa bumi. Ia memberi petanda akan berlaku gempa bumi dengan melompat keluar akuarium beberapa jam sebelum kejadian~ now i know it!
- Ada tiga jenis manusia di muka bumi ini.
-Pertama - belajar daripada pengalaman sendiri; mereka ini dikatakan bijak dan berpengalaman.
-Kedua - mereka belajar daripada pengalaman orang lain; mereka ini dikatakan cerdik dan dapat menikmati kegembiraan dalam hidup.
-Ketiga - mereka yang tidak belajar daripada pengalaman sendiri mahupun orang lain; mereka inilah yang hanyut dengan kebodohan sendiri.
- Pepatung hanya boleh hidup selama 24 jam sahaja~huhu..kecian!
- Kucing tidak boleh merasa rasa manis. ~dont worry! kita semua dh sedia maklum, kucing2 mmg sweet..
- Air liur manusia dikatakan sangat mujarab utk mengubati luka di kulit atau terbakar~huhu, gune air liur sdiri yer!
- Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima~yeah! chayoik jantung!
ahha! and..the best fact that i really love is...
- Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan~haha, so..klu g supermarket, hidu la byk2! jgn hidu yg ketiak hangit sudahlaa..
- Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning~lorhh..patutlaa, buta warne rupanye!
- Di serata dunia, yo-yo adalah sejenis permainan tetapi di Filipina, ia merupakan senjata merbahaya~ish3..
- Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama iaitu huruf A~ehh..btol jgak ek!
and..lastly! BAHAN KETAWA plak
Selamatkan kapak
SEORANG bapa dan anaknya yang masih kecil menaiki sampan di sungai yang sangat dalam dan deras airnya.Mereka baru selesai memotong kayu untuk dijual sebagai punca pendapatan sekeluarga.
Tiba-tiba sampan mereka terlanggar kayu besar dan karam.Anak dan bapa terhumban ke dalam sungai.
Bagaimanapun, si bapa segera menyelam dan menyelamatkan kapaknya sebelum berenang ke tebing.
"Mengapa kau selamatkan kapak, bukan budak tu? " tanya orang kampung.
"Bertenang...Kapak aku ni kalau tengelam takkan timbul lagi.Anak aku tu sehari dua lagi timbul la..."katanya.
Labels: cute stuff